Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024 Diumumkan. Bagaimana cara semak keputusan SPM 2024 secara online atau SMS? Pelajar Tingkatan 5 pasti menunggu dengan penuh debar result keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka. Untuk tahun 2024, peperiksaan bertulis SPM telah diadakan dalam pada bulan Jan/ Feb 2025 susulan penangguhan akibat Covid-19.
Tarikh rasmi Semakan Keputusan SPM 2024 akan diumumkan secara rasmi di Portal KPM iaitu jangkaan pada bulan April 2025. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei 2024 jam 1000 pagi menerusi kenyataan media KPM. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UA/ IPTA sesi 2025/ 2026 melalui permohonan UPU online dijangka dibuka pada bulan Februari 2025.
Cara Semak Keputusan SPM 2024 Online Dan SMS
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.
Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan.
- KPM mengumumkan bahawa keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis)
Berikut adalah rekod tarikh pengumuman Keputusan SPM tahun-tahun lepas buat rujukan calon peperiksaan.
- 2023 : 27 Mei 2024 (Hari Isnin)
- 2022 : 8 Jun 2023 (Hari Khamis)
- 2021 : 16 Jun 2022 (Hari Khamis)
- 2020 : 10 Jun 2021 (Hari Khamis)
- 2019 : 5 Mac 2020 (Khamis)
- 2018 : 14 Mac 2019 (Hari Khamis)
- 2017 : 15 Mac 2018 (Khamis)
- 2016 : 16 Mac 2017
- 2015 : 3 Mac 2016
- 2014 : 3 Mac 2015.
Nota
Tarikh rasmi akan diumumkan di media massa dan juga di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan atau E-Perkhidmatan Berkala dan juga di Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kaedah Semakan Keputusan SPM 2024
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan melalui online dan SMS selepas pengumuman tarikh rasmi oleh KPM.
Semoga pelajar yang menduduki peperiksaan SPM akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi membolehkan untuk memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi melalui Permohonan UA/ IPTA, Politeknik dan ILKA.
Cara Mendapatkan Result SPM 2024
Berikut dikongsikan tatacara biasa dalam mendapatkan atau membuat semakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2024. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa kesemasa:-
- Calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka dari sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan
Semakan Secara Online
- Semakan Ringkasan Keputusan boleh di buat secara online di:
- myresultspm.moe.gov.my (akan dikemaskini)
- Slip keputusan penuh pula boleh di muat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my (akan dikemaskini)
- Link terkini akan dikemaskini dari masa kesemasa
Keputusan SPM juga boleh disemak melalui applikasi mobile dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan di Google Play untuk pengguna Android
Calon Persendirian
- Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu
Semakan Melalui SMS
- Semakan melalui SMS. KPM menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui SMS 15888
Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K.P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 24 April 2025 sehingga jam 600 petang, 30 April 2025. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024 Diumumkan


Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2020
Rujuk Analisa untuk analisis tahun 2020
Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2019 sebagai rujukan.
- Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2019 adalah seramai 416,416 calon berbanding 421,706 calon pada tahun 2018
- Gred Purata Nasional (GPN) – Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam kesemua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional (GPN). Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
- Pencapaian calon pada tahun 2019 adalah lebih baik daripada tahun 2018. GPN pada tahun ini mencatat 4.86 berbanding 4.89 pada tahun 2018
- Pencapaian Calon Mengikut Lokasi – Jurang pencapaian antara calon di bandar dan di luar bandar meningkat sebanyak 0.01 pada tahun 2019 berbanding tahun 2018.
- Pensijilan SPM – Mulai tahun 2013, semua calon diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia.
- Pada tahun 2018, peratusan calon yang layak dianugerahkan Sijil Pelajaran Malaysia meningkat sebanyak 0.33% iaitu 86.72% daripada 337,773 calon yang menduduki peperiksaan SPM berbanding 86.4% pada tahun 2018
- Pensijilan Calon Berkeperluan Khas – Seramai 1,402 calon berkeperluan khas (CBK) telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019.
- Pencapaian Calon – Sebanyak 37.93% (147,738) calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2019
Maklumat lanjut, sila rujuk Laporan Analisis Keputusan SPM 2019 yang dikeluarkan oleh KPM
Semoga Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024 Diumumkan ini dapat membantu pelajar dalam merancang dalam mempersiapkan permohonan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.
Related : kementerian pendidikan malaysia kpm, memaklumkan kaedah yang sesuai untuk, mempunyai capaian internet, satu kenyataan, secara dalam talian, menyemak keputusan, panduan pelajar