Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2020 Online

Panduan terkini dikemaskini pada 6 Mac 2019 jam 11:28 AM

Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2020 Online
Rate this post

E-Prasekolah : Cara Daftar PraSekolah KPM 2020 Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2020 akan dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019 untuk pendaftaran atas talian (online) dan sehingga 31 Mei 2019 untuk permohonan manual.

Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.

PermohonanKemasukanPraSekolahKPM2019Online

Pendaftaran PraSekolah KPM 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat Pendaftaran PraSekolah KPM 2020 Online untuk panduan ibu bapa penjaga. Mereka yang mempunyai anak sekitar umur 4 hingga 5 tahun dan bakal memasuki prasekolah tahun hadapan, boleh memohon.

Syarat Kelayakan Memohon

  1. Kanak-Kanak Warganegara Malaysia
  2. Kanak-Kanak lahir pada 2 Januari 2014 sehingga 15 Januari 2016
  3. Pemilihan murid adalah berdasarkan merit

Cara Mendaftar PraSekolah 2020 KPM

A. Online

Permohonan ini boleh dibuat melalui laman sesawang ePraSekolah.

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu

  1. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar
  2. Carian Institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja
  3. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2019

Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara dalam talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019.

B. Permohonan Manual 

Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2019.

  1. Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon

Murid prasekolah Pendidikan Khas

  1. Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.
  2. Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD
  3. Pengesahan dan pendaftaran

Semakan Keputusan PraSekolah Online

Status permohonan Prasekolah/ keputusan boleh disemak secara online dengan mengklik butang SEMAK PERMOHONAN di ruangan LAMAN PENGGUNA. Untuk permohonan yang berjaya, anda perlu mencetak surat tawaran dan sila bawa dan serahkan kepada sekolah yang dimohon pada hari pendaftaran.

Rayuan permohonan boleh dibuat dengan mengklik butang RAYUAN PERMOHONAN pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Selamat membuat Permohonan Kemasukan PraSekolah KPM 2020 Online. Semoga perkongsian cara daftar murid PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermanfaat buat semua.