Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Pemain JDT 2025 Johor Darul Ta’zim

Senarai Rasmi Skuad Pemain JDT 2025. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT FC) yang telah mengekalkan takhta Liga Super untuk sebelas (11) musim berturut-turut. Dan mereka akan beraksi pada saingan AFC Champions League Elite (ACLE) untuk musim kedua musim ini selain aksi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Pasukan Harimau Selatan ini telah mempersiapkan pasukan untuk Musim Liga Malaysia 2025 yang dijangka lebih sengit dengan pasukan seperti Sabah, Selangor, Terengganu dan lain-lain mampu merampas juara Liga Super. Dibawah kendalian jurulatih, Xisco Munoz, pasukan dari selatan tanahair ini dilihat mampu terus mencipta rekod dengan mengondol gelaran Liga Super untuk musim ke 12 berturut-turut.

Senarai Pemain JDT 2025 Skuad Johor Darul Ta’zim

Pasukan Johor Darul Takzim akan terus membeli pemain yang hebat dan berkualiti bersesuaian dengan penampilan mereka di ACLE, kejohanan tertinggi untuk kelab-kelab terbaik di Asia.

Dijangkakan terdapat beberapa perubahan akan dilakukan oleh pasukan pada musim semasa musim perpindahan pemain 2025 untuk memperkuatkan beberapa posisi yang dianggap lemah.

Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melepaskan 11 pemain mereka yang merangkumi tujuh pemain import dan empat pemain tempatan. Berdasarkan pengumuman dibuat di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, pemain import yang dilepaskan adalah Jese Rodriguez, Alvaro Gonzalez, Jordi Amat, Murilo Henrique, Jonathan Viera, Roque Mesa dan Anselmo de Moraes.

Selain itu, empat pemain tempatan yang berada senarai itu pula adalah bekas kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim, dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Izham Tarmizi serta penyerang, Ramadhan Saifullah.

JDT ketika ini dalam usaha memperkuatkan skuad mereka bagi menghadapi musim depan dengan beberapa pemain baharu sudah diumumkan termasuk, Jairo Da Silva, Nelson Mendez, Teto Martin dan Antonio Glauder serta bekas pemain tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi.

Nantikan senarai rasmi skuad JDT 2025 dari masa kesemasa di FB Johor Southern Tigers.

JDT Home Jersey

Skuad JDT FC Musim 2025

Berikut adalah senarai penuh skuad Johor Darul Takzim untuk musim 2025 beserta dengan no jersi dan senarai pemain import JDT yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemain import boleh ditukar status kepada pemain JDT II sebagai pasukan feeder.

Untuk makluman, Pasukan Liga Super kini dibenarkan mendaftar sehingga 15 pemain import musim 2025/2026, berbanding hanya 12 musim lalu, bagi meningkatkan daya saing dan nilai komersial liga.

Semua kelab dibenarkan mendaftar pemain asing sejumlah 15 pemain dengan kuota pemain asing di atas padang seramai 7+2 (simpanan) dengan komposisi empat terbuka, satu Asia dan dua ASEAN

 NO JERSI & NAMA/ POSISI
NO

PENJAGA GOL

1 Christian Abad Amat (U20) √
16 Syihan Hazmi √
58 Andoni Zubiarre (Import Sepanyol) √
NO

PERTAHANAN

2 Matthew Davies √
3 Shahrul Saad √
5 Antonio Glauder (Import Filipina) √
22 La’Vere Corbin-Ong √
91 Syahmi Safari √
33 Jonathan Silva (Import Itali) √
15 Feroz Baharudin √
50 Junior Eldstal √
17 Jon Irazabal √
13 Jun Heong Park (Import South Korea) √
23 Eddy Israfilov (Import Azerbaijan) √
14 Shane Lowry (Import Australia) √
36 Raul Farra (Import Sepanyol) √

JDT mempunyai pemain tengah dan serangan yang terbaik di Malaysia. Berikut adalah senarai untuk posisi midfield dan forward/ striker :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

4 Afiq Fazail √
6 Nathaniel Shio Hong Wan √
21 Nazmi Faiz Mansor √
30 Natxo Insa √
7 Enzo Lombardo (Import Filipina)
8 Hector Hevel √
44 Miquel Angel Cuesta (Import Sepanyol) √
18 Iker Undarrena (Import Sepanyol) √
24 Oscar Arribas (Import ASEAN – Filipina/ Sepanyol) √
20 Teto Martin (Import Filipina – Sepanyol) √
70 Samu Castillejo (Import Sepanyol) – Kapten √
28 Nacho Mendez √
27 Ibrahim Manusi (JDT2) √
88 Manuel Hidalgo (Import Argentina) √
47 Ager Aketxe (Import Sepanyol) √
NO

SERANGAN (FORWARDS)

9 Bergson da Silva (Import – Brazil) √
77 Celso Bermejo (Import – Sepanyol) √
11 Jairo Da Silva (Import Brazil) √
19 Romel Morales √
42 Arif Aiman Hanapi (U23) √
26 Mohamadou Sumareh (JDT2) √
25 Joao Figueiredo √
94 Moussa Sidibe (Import Mali) √
37 Heberty Fernandes (Import Brazil) √
67 Jean Franco Casquete Granja (Import Colombia) √

Rekod Pencapaian JDT Di Liga Super, Piala FA Dan Piala Malaysia

Berikut adalah rekod pencapaian/ kedudukan pasukan JDT dari tahun 2010 hingga kini untuk aksi Liga M melibatkan Liga Super, Piala Malaysia dan FA Cup.

PENCAPAIAN SKUAD JDT
MUSIM LIGA SUPER PIALA FA PIALA MALAYSIA
2010
2011
4
7
1st round
2nd round
Separuh Akhir
Kumpulan
2012
2013
9
3
Suku Akhir
Naib Juara
Suku Akhir
Suku Akhir
2014
2015
1
1
Separuh Akhir
1st round
Naib Juara
Suku Akhir
2016
2017
1
1
Juara
Suku Akhir
Kumpulan
Juara
2018
2019
1
1
Suku Akhir
3rd round
Separuh Akhir
Juara
2020
2021
1
1
Naib Juara
2022
2023
1
1
Juara
Juara
Juara
Juara
2024
2025 – 2026
1
?
Juara
?
Juara
?

Media Sosial Rasmi JDT

Semoga senarai diatas ini mampu merealisasikan harapan pasukan untuk berjaya di Malaysia dan rantau benua Asia. Selamat berjuang untuk skuad JDT musim ini.

Related : harimau selatan pemain baharu luar negara johor darul ta zim jdt tiga pemain bola sepak barisan pemain, tunku ismail sultan ibrahim jdt tunku saingan liga, pusat latihan skuad harimau of the