Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Penuh Pemain JDT II 2025 – 2026

Pasukan JDT II akan beraksi di Liga A1 Semi-Pro Malaysia musim 2025-2026 di mana skuad pemain mereka dibarisi oleh gabungan pemain muda dan berpengalaman. Berikut adalah senarai penuh pemain JDT II untuk musim 2025-2026 di bawah kendalian jurulatih dari Sepanyol, Josep Ferre.

Musim baharu Liga M kini lebih menarik di mana pasukan utama boleh menukar mana-mana pemain di kelab feeder untuk menyertai pasukan utama mereka. Ini bermakna pasukan J D T boleh menukar pemain dan memilih pemain JDT II sekaligus mengatasi masalah kepadatan jadual perlawanan yang dihadapi.

Jersi Alternate

Senarai Pemain JDT II Musim 2025 – 2026

Berikut adalah senarai pemain JDT II untuk musim Liga A1 Semi-Pro yang akan dikemaskini dari masa kesemasa jika terdapat perubahan semasa jendela perpindahan pemain.

Senarai pemain ini termasuk pemain import JDT II memaparkan nama pemain, posisi dan nombor jersi.

Antara nama menarik yang bakal beraksi bersama JDT2 adalah bekas penyerang Villarreal C, Celso Bermejo. Penyerang dengan ketinggian 1.90 meter dan masih berusia 20 tahun. Beliau akan menggantikan tempat Nistelrooy dan Fergus Tierney yang berhijrah ke Kuching FC dan Sabah. Jika beliau adalah seorang pemain warisan maka Skuad B23 negara bakal menikmati kehebatan pemain ini.

 NO JERSI & NAMA/ POSISI
NO

PENJAGA GOL

1 Nur Lokman Abdullah √
22 Zulhilmi Sharani √
25 Hafiz Azizi Zamri √
NO

PERTAHANAN

2 Dinesh Vikneswaran √
4 Adam Daniel Mohamad √
5 Shafizan Arshad √
15 Pavithran Gunalan √
21 Marwan Abdul Rahman √
24 Ariff Safwan √
27 Fakrul Haikal Razali √
28 Adam Farhan √
31 Faris Danish Mohd Asrul √
32 Muhammad Alif Ahmad √
36 Ridwan Rosli √
55 Junior Eldstal √

JDT 2 mempunyai pemain muda tempatan terbaik di Malaysia. Berikut adalah senarai untuk posisi midfield dan forward/ striker :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

6 Rafiefikri Rosman √
7 Najmuddin Akmal √
8 Danish Irham Nazri √
10 Danish Syamer Tajuddin √
77 Enzo Lombardo (Import Filipina).
12 Ziad El Basheer Norhisham √
13 Ahmad Aysar Hadi (Kapten) √
16 Irfan Shahkimi Shahrizal √
17 Muhammad Alif Abdul Mutalib √
19 Aznil Hafiz Azhar √
20 Danish Mohamad Zahir √
29 Syukur Fariz Januri √
72 Ibrahim Manusi √
30 Danish Hakimi Sahaludin √
60 Hong Wan √
NO

SERANGAN (FORWARDS)

18 Daryl Sham √
9 Raziq Abdul Rahman √
11 Danie Asyraf Fadzli √
23 Muhammad Naim Zainudin √
99 Celso Jose Bermejo (Import Sepanyol) √
62 Mohamadou Sumareh √
76 Jean Franco Casquete Granja (Import Colombia) √

Semoga pasukan JDT II dapat beraksi cemerlang di Liga musim kali ini.