Panduan terkini dikemaskini pada

Senarai Pemain Terengganu 2025 – 2026 Skuad Sang Penyu (TFC)

Skuad Bolasepak Terengganu FC (TFC) yang hanya mampu menduduki tangga kelima (5) Liga Super Malaysia untuk musim lepas telah mempersiapkan pasukan menghadapi Liga Super 2025 – 2026 bulan Ogos ini. Beberapa muka baru telah mendandatangani kontrak baru dalam musim perpindahan pemain manakala beberapa pemain sediada telah dilepaskan ke pasukan lain dalam membentuk Senarai Pemain Terengganu 2025 yang mantap.

Skuad “Sang Penyu” kendalian Jurulatih Badrul Afzan Razali telah mengekalkan beberapa pemain musim lepas disamping menandatangani beberapa pemain baharu. Setiap kelab boleh mendaftarkan maksimum 30 pemain dengan 15 daripadanya boleh diisi dengan pemain-pemain import. Antara muka baru tempatan dalam skuad Terengganu FC adalah penyerang sayap, Baqiuddin Shamsudin dan pertahanan muda, Saiful Jamaluddin. Sembilan pemain digugurkan daripada pasukan TFC iaitu Muhammad Safawi Rasid, Mohd Nor Hakim Hassan, Ismaheel Akinade, Manuel Ott, Ivan Mamut, Muhammad Syafiq Ismail, Muhammad Syaiful Haqim Shahrul, Nelson Bonilla dan Argzim Redzovic.

Senarai Pemain Terengganu FC Musim 2025 – 2026 Liga Malaysia

Terengganu Football Club (TFC) secara rasmi mengumumkan kehadiran pemain import baharu, Diego Landis, yang telah menandatangani kontrak bersama skuad Penyu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026. Pemain kelahiran Brazil ini akan memperkuatkan barisan pertahanan pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih Badrul Afzan Razali.

Landis, 28, merupakan seorang pertahanan tengah yang memiliki pengalaman luas di peringkat kelab Asia, termasuk pernah beraksi bersama kelab dalam Thai League. Sebelum menyertai TFC, beliau beraksi bersama Khon Kean United FC di Thailand dan dikenali dengan gaya permainan yang tenang, disiplin serta kekuatan dalam pertarungan udara dan laju dalam membuat larian semasa bertahan.

Raianderson da Costa Morais, atau lebih dikenali dengan panggilan Careca, juga sah menjadi pemain import baharu Terengganu FC selepas menandatangani kontrak selama satu musim. Kehadiran pemain kelahiran Rio Branco, Brazil ini mengundang keterujaan peminat bola sepak tempatan, apatah lagi beliau bukanlah asing di pentas Liga Malaysia. Careca sebelum ini pernah beraksi bersama Perak FC pada musim 2019 hingga 2021 dan berjaya mempamerkan prestasi yang meyakinkan dengan beberapa jaringan penting yang membantu pasukan tersebut ketika itu.

Careca, yang berusia 29 tahun dengan ketinggian 1.84 meter, beraksi di posisi tengah menyerang

Berikut adalah senarai pemain skuad Sang Penyu yang bakal bersaing dalam Liga Malaysia 2025 – 2026. Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

NAMA & POSISI
NO

PENJAGA GOL

29 Syed Nasrulhaq Syed Bidin √
1 Rahadiazli Rahalim √
38 Suhaimi Husin √
28 Nazul Izamil Zulkifli √
NO

PERTAHANAN

3 Muhammad Ubaidullah Shamsul √
5 Shahrul Nizam Ros Hasni (Kapten) √
15 Faris Rifqi Abdul Rashid √
22 Hairiey Hakim Mamat √
24 Safwan Mazlan (U23) √
6 Azam Azmi Murad (Pinjaman JDT) √
25 Alif Zakaria √
4 Diego Landis (Import Brazil) √
21 Syafiq Danial Mohd Romzi √

Senarai pemain TFC untuk posisi Tengah dan Penyerang adalah seperti berikut :-

NO

TENGAH (MIDFIELD)

10 Nurillo Tukhtasinov (Import Uzbekistan) √
14 Akram Mahinan √
77 Baqiuddin Shamsudin √
33 Saiful Jamaluddin (U23) √
26 Careca (Import Brazil) √
44 Ikhwan Hafizo (U23) √
13 Mohamad Khalai’f Mohd Naskam (U23) √
69 Muhamad Azziq Zahazani (U23) √
NO

PENYERANG (FORWARDS)

9 Gabriel Silva (Import Brazil) √
11 Yann Mabella (Import Congo) √
19 Junior Stephen Ngong (Import Cameroon) √
17 Engku Nur Shakir √
7 Akhyar Rashid √
46 Syahmi Zamri √

Media Sosial Rasmi Terengganu FC

Semoga skuad Terengganu FC musim ini mampu mencapai kejayaan di Liga Malaysia nanti.