Panduan terkini dikemaskini pada

Tarikh Pembayaran STR 2025 : Jadual Bayaran Fasa 1, 2, 3 & 4

Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4. Berita baik buat rakyat Malaysia dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Kerajaan MADANI telah mengambil inisiatif dalam membantu rakyat yang terkesan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Program ini merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Syarat Kelayakan STR 2025

Terbahagi kepada 3 iaitu Isi Rumah, Warga Emas/ Tiada Pasangan dan Bujang.

Pemohon layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Tarikh Bayaran STR 2025 Fasa 1, 2, 3 & 4

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah mengikut kategori kelayakan pemohon yang diluluskan permohonannya.

Berikut adalah jumlah bayaran yang layak diterima oleh penerima STR dan jadual tarikh pembayaran penuh mengikut fasa STR 2025. Maklumat yang dikongsikan ini adalah dipetik dari Portal Rasmi STR dan Facebook Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

TERKINI :

10 Oktober – Kerajaan umum pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 yang dijadualkan pada November akan diawalkan kepada 18 Oktober 2025, bersempena sambutan perayaan Deepavali pada 20 Oktober.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah ini di buat bagi membantu rakyat, khususnya masyarakat India, membuat persiapan menjelang perayaan tersebut.

A) Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,500 Ke Bawah

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 ke bawah berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan Anak Jumlah
0 Tiada Anak RM1,000
1-2 Mempunyai 1 hingga 2 orang anak RM1,500
3-4 Mempunyai 3 hingga 4 orang anak RM2,000
≥5 Mempunyai 5 anak dan ke atas RM2,500
Tarikh Pembayaran Berfasa
Bilangan Anak Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
0 RM500 RM150 RM150 RM200
1-2 RM500 RM300 RM350 RM350
3-4 RM500 RM500 RM500 RM500
≥5 RM500 RM650 RM650 RM700
Tarikh Bayaran STR 22-28 Januari 24-27 Mac Bermula 12 Ogos Bermula 18 Oktober

B) Bayaran STR Kategori Isi Rumah RM2,501-RM5,000

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Isi Rumah (tiada had umur) yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 berdasarkan jumlah bilangan anak.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Bilangan Anak Jumlah
0 Tiada Anak RM500
1-2 Mempunyai 1 hingga 2 orang anak RM750
3-4 Mempunyai 3 hingga 4 orang anak RM1,000
≥5 Mempunyai 5 anak dan ke atas RM1,250
Tarikh Pembayaran STR Berfasa
Bilangan Anak Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
0 RM150 RM150 RM100 RM100
1-2 RM150 RM200 RM200 RM200
3-4 RM250 RM250 RM250 RM250
≥5 RM300 RM300 RM300 RM350
Tarikh Bayaran 22-28 Januari 24-27 Mac Bermula 12 Ogos Bermula 18 Oktober

C) Bayaran STR Kategori Warga Emas

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan berumur 60 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM5,000 Ke Bawah.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Kategori Jumlah
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan RM600
Tarikh Pembayaran Berfasa
Butiran Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
Jumlah RM150 RM150 RM150 RM150
Tarikh Bayaran 22-28 Januari 24-27 Mac Bermula 12 Ogos Bermula 18 Oktober

D) Tarikh Bayaran STR Kategori Individu Bujang Dan OKU

Jadual dan jumlah amaun bayaran keseluruhan bantuan di bawah adalah untuk kategori Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.

Jumlah Amaun Keseluruhan Bantuan
Kategori Jumlah
Individu & OKU Bujang RM600
Tarikh Pembayaran Berfasa
Butiran Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
Jumlah RM150 RM150 RM150 RM150
Tarikh Bayaran 22-28 Januari 24-27 Mac Bermula 12 Ogos Bermula 18 Oktober

Kaedah Bayaran STR 2025

Kaedah pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:

  • a. Kredit ke Akaun Bank Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
  • b. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
    • i. Tiada maklumat akaun bank
    • ii. Status pengkreditan gagal kredit