Panduan terkini dikemaskini pada

Tema Maulidur Rasul 2025 – 1447H Peringkat Kebangsaan

Tema Maulidur Rasul 2025. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 2025 bersamaan dengan tahun 1447H akan disambut pada hari Jumaat, 5 September 2025 menurut tarikh penting Kalendar Islam 2025 JAKIM. Ianya merupkan hari cuti hari kelepasan am buat rakyat Malaysia.

Tema Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah “Membangun Ummah Madani” iaitu tema yang sama dengan tema sambutan Tahun Baru Hijrah. Untuk tahun lepas ianya adalah ”Al Falah Pemacu Malaysia Madani“. Tema tahun 2023 pula adalah ”Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Tema Sambutan Maulidur Rasul Tahun 2025 – 1447H

Sambutan Maulidur Rasul SAW adalah merupakan salah satu acara rasmi Kerajaan yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan dan Negeri sesuai dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia. Sambutan bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah Rasulullah SAW.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447 / 2025 pada 12 Rabiulawal 1447H bersamaan 5 September 2025 (Jumaat) di “Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS)” bermula jam 7.30 pagi.

Siaran langsung di RTM TV1 bermula 7.30 pagi

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2025 yang jatuh pada hari Jumaat, 5 September 2025, berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul 2025 bersamaan dengan tahun 1447 Hijrah.

Tahun 2025 : “Membangun Ummah Madani”

    • Tema “Membangun Ummah Madani” dipilih sebagai tajuk kepada kita semua untuk bersama-sama membina masyarakat yang seimbang dari sudut rohani, intelektual, ekonomi, sosial dan kepimpinan – berlandaskan nilai-nilai Islam yang menyeluruh
    • Ummah Madani adalah masyarakat yang menjunjung keadilan, menghormati perbezaan, menjaga maruah dan memelihara amanah. Ia adalah masyarakat yang tidak hanya maju dari segi material, tetapi juga unggul dari segi akhlak dan peradaban. Inilah identiti yang dibina oleh Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah — satu model masyarakat ideal yang patut kita teladani
    • Justeru, marilah kita bersama memperbaharui tekad dan memperkukuhkan kesatuan. Hijrah yang sebenar bukan hanya berpindah tempat, tetapi perubahan hati, sikap dan pemikiran — ke arah yang lebih baik, lebih matang, lebih bertanggungjawab
    • Kita berharap seluruh lapisan masyarakat — pemimpin, guru, pelajar, penjawat awam, belia dan ibu bapa — untuk memainkan peranan aktif dalam usaha membangun ummah madani. Kita bermula dengan diri kita sendiri, keluarga kita dan seterusnya masyarakat kita. SUMBER
    • “Membangun Ummah Madani”, mencerminkan nilai teras negara dalam memperkukuh perpaduan dan kesejahteraan ummah seiring cabaran semasa. Ia amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622M.Dalam dunia hari ini yang serba mencabar dari segi ekonomi, sosial dan akhlak, erti hijrah amat relevan dalam membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab, berdaya tahan dan berakhlak mulia.
    • “Membangun Ummah Madani” membawa maksud membina masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut material, tetapi juga kukuh dalam nilai, berteraskan keadilan, belas ihsan dan keseimbangan. Nilai-nilai inilah yang menjadi asas dalam memperkasa wanita, memperkukuh institusi keluarga dan memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara.
    • Tema ini menjadi panduan kami di Kementerian pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat dalam merangka dasar dan melaksanakan inisiatif yang mampu membentuk masyarakat yang penyayang, prihatin, dan saling menghormati, asas penting dalam membina Ummah Madani yang inklusif dan sejahtera.
    • Penghijrahan Rasulullah SAW mengajar kita nilai perjuangan, pengorbanan dan perpaduan. Justeru, marilah kita menanam azam baharu untuk terus melakukan penghijrahan diri – dari kelekaan kepada keinsafan, dari perpecahan kepada perpaduan, dari keselesaan kepada semangat berusaha. SUMBER

Senarai Tema 2024 – 2014

  • 2024 : “Al Falah Pemacu Malaysia Madani”
  • 2023 : “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
  • 2022 : “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”
  • 2021 : “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
  • 2020 : “Ummah Rabbani Negara Harmoni”
  • 2019 : “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”
  • 2018 : ”Menyantuni Umat Membawa Rahmat”
  • 2017 : ”Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
  • 2016 : “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”
  • 2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
  • 2014 : “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

“Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat”.

Ketokohan

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba’ berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia & JAKIM

Ref : penerima anugerah maulidur rasul, 9 november, agama islam, raja permaisuri agong, axiata arena bukit jalil maulidur rasul saw peringkat rasul saw peringkat kebangsaan datuk seri peringkat negeri al mustafa billah shah nabi muhammad saw sambutan maulidur rasul saw al quran bekas setiausaha politik kuala lumpur, rm6.3 juta, jadual hari kelepasan am persekutuan 2023, tema sambutan maulidur rasul 1423h 2001, bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan nabi muhammad saw, negeri di malaysia, penekanan kepada keperluan mengikuti sunnah rasulullah saw, hasan bin thabit banyak menggubah syair di hadapan rasulullah saw dan para sahabat baginda
memperingati kelahiran nabi muhammad, cuti umum di semua negeri, lihat al mustadrak ala al sahihain, tiada percampuran lelaki dan perempuan, tarikh sambutan maulidur rasul tahun 2023, memperingati kelahiran nabi muhammad saw yang kita kasihi, kelahiran nabi muhammad saw, majlis ilmu forum perdana dan pengisian yang berkaitan dengan sirah nabi muhammad saw, dinyatakan dalam kitab al bidayah wa al nihayah 13/136, mempelajari riwayat hidup baginda saw atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun,