Cikgu atau Guru atau Pendidik adalah salah satu pekerjaan yang mulia dan dihormati. Berikut adalah jadual tangga gaji Guru yang dikategorikan dalam Perkhidmatan Pendidikan. Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam. Ianya berdasarkan pada Bayaran Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang akan dikuat kuasa bermula 1 Disember 2024 menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024.
Terkini : September 2024, pegawai kakitangan awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Oktober 2024 hingga 30 November 2024 untuk memilih sama ada menerima Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuat kuasa bermula 1 Disember 2024. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.
- Kenaikan gaji penjawat awam dan senarai manfaat dan faedah lain klik Kenaikan Gaji Kakitangan Awam
Definisi Guru
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus.
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al-Mursyid. Al-Mu’allim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Mu’addib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.
Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.
Jadual Tangga Gaji Guru SSPA Terkini Bagi Gred 1 Sehingga 15
Untuk penjawat awam yang memilih sistem saraan baharu iaitu SSPA, berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan semua.
i) Penyeragaman dan Penggelaran semula Gred Jawatan Perkhidmatan Awam
Gred Gaji SSPA : 14, 13, 12, 10, 9, 8, 7, 6, 5
Gred Gaji SSM : DG54, DG52, DG48, DG44, DG42, DG41, DG40, DG38, DG34, DG32, DG29
Menurut SUMBER, Perubahan Gred SSPA mengikut peringkat kelayakan masuk (Akademik) adalah seperti berikut :-
GRED SSM | GRED SSPA |
SSM 19 & 20 | SSPA 1 |
SSM 21, 22 & 24 | SSPA 2 |
SSM 25 & 26 | SSPA 3 |
SSM 27 & 28 | SSPA 4 |
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) & Diploma
GRED SSM | GRED SSPA |
SSM 29 & 30 | SSPA 5 |
SSM 31 – 36 | SSPA 6 |
SSM 36 – 38 | SSPA 7 |
SSM 39 & 40 | SSPA 8 |
Ijazah
GRED SSM | GRED SSPA |
SSM 41 & 42 | SSPA 9 |
SSM 43 & 44 | SSPA 10 |
SSM 45 & 46 | SSPA 11 |
SSM 47 & 48 | SSPA 12 |
SSM 51 & 52 | SSPA 13 |
SSM 53 & 54 | SSPA 14 |
SSM 55 & 56 | SSPA 15 |
ii) Jadual gaji minimum bagi kumpulan pelaksana Gred Gaji 1 hingga 8
iii) Gaji Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Gred Gaji 9 hingga 15
iv) Indeks Pemindahan Gred bagi Skim Perkhidmatan Pendidikan berkelayakan Ijazah
v) Indeks Pemindahan Gred bagi Skim Perkhidmatan Bersepadu (Pendidikan)
vi) Indeks Pemindahan Skim Perkhidmatan Pendidikan
Jadual Tangga Gaji Guru SSM Dari Gred DG29 Hingga DG54
Sebagai perbandingan berikut adalah perbezaan skim yang baharu, SSPA dengan yang lama, SSM buat rujukan semua.
Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016
Berikut diantara perubahan yang terdapat dalam rasionalisasi Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 yang melibatkan Kategori Pendidikan – Guru.
Maklumat lanjut mengenai Sistem SSM 2016 ini boleh dirujuk di Facebook JPA.
Gaji Guru SSM DG29 Hingga DG54 Bermula 1 Julai 2016
Sumber : JPA Page 15
Gaji Minimum Dan Maksimum Guru Tahun 2015
Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013.
- Gred: DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Gaji Guru Tahun 2015
Jadual Gaji:
GRED | GAJI MINIMUM | GAJI MAKSIMUM | |
DG29 | RM1,589.00 | RM5,173.00 | |
DG32 | RM2,731.00 | RM5,457.00 | |
DG34 | RM3,397.00 | RM5,797.00 | |
DG38 | RM3,457.00 | RM7,051.00 | |
DG41 | RM1,917.00 | RM8,652.00 | |
DG42 | RM1,917.00 | RM8,652.00 | |
DG44 | RM3,371.00 | RM9,414.00 | |
DG48 | RM4,922.00 | RM10,560.00 | |
DG52 | RM5,538.00 | RM5,797.00 | |
DG54 | RM5,840.00 | RM11,864.00 |
Semoga Jadual SSPA dan SSM ini boleh dijadikan panduan buat warga pendidik semua.
Rel : gaji ssm, pekeliling perkhidmatan bilangan 1 tahun 2016, perubahan gred gaji ssm dg54 dg52 dg48 dg44 dg42 dg41, gaji guru gred,