Panduan terkini dikemaskini pada

Keputusan Liga A1 Semi-Pro Malaysia 2025 – 2026

Keputusan Terkini Perlawanan Liga A1 Semi-Pro Malaysia Musim 2025-2026. Saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26 iaitu saingan liga semi (separuh) profesional kini secara tidak rasminya menjadi saingan divisyen kedua bola sepak domestik Malaysia selepas Malaysia Super League (MSL). Pertandingan melibatkan 16 pasukan ini dijadualkan membuka tirainya pada 1 Ogos 2025.

Ianya bakal menjadi ‘hiburan baharu’ untuk disajikan buat penyokong bola sepak tempatan. Hadiah wang tunai untuk pertandingan kali ini telah meningkat sekali ganda kepada RM200,000 berbanding musim lalu.

Saingan Liga A1 Semi-Pro dijangka mampu menarik minat penyokong memandangkan mereka menjadi platform kepada ‘ubi muda‘ untuk mengetengahkan bakat mereka selepas ketiadaan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada musim baharu nanti.

Liga Bolasepak Amatur (AFL) menyatakan yang setiap pasukan perlu ada minimum 10 pemain berstatus profesional, manakala selebihnya terpulang kepada pasukan untuk mengambil pemain secara profesional ataupun amatur. Ini bermaksud dalam satu pasukan yang ditubuhkan itu, bukan semuanya pemain berstastus profesional dan ada dalam kalangan mereka yang membuat kerja lain.

Apa Itu Amateur Football League (AFL)?

Liga Bola Sepak Amatur (AFL) adalah sebuah organisasi yang disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menguruskan bola sepak peringkat amatur.

AFL ditubuhkan pada tahun 2018 dengan usaha untuk mengembangkan sukan ini di peringkat akar umbi di Malaysia, melancarkan pertandingan pertamanya pada tahun 2019. AFL kini beribu pejabat di Petaling Jaya.

Dipimpin oleh AFL Datuk Wira Mohd Yusoff bin Mahadi, AFL percaya bahawa adalah tanggungjawab dan visi kami untuk Mempertahankan dan Melindungi permainan rakyat sebagai sukan penyatu utama Negara.

Selaras dengan visi kami, AFL bertujuan untuk:

  1. Bentuk rangkaian liga bola sepak di seluruh negara
  2. Menubuhkan dan mengekalkan perkongsian komersial yang bermakna
  3. Menetapkan laluan yang jelas untuk pemain amatur, jurulatih dan kelab
  4. Manfaatkan potensi penyiaran dalam bola sepak tempatan
  5. Membina asas yang menyokong Bola Sepak Profesional (Super League & Liga Premier)
  6. Mempromosikan bola sepak berasaskan komuniti
  7. Meningkatkan penyertaan di peringkat akar umbi
  8. Menetapkan dan melaksanakan elemen pembangunan dalam pertandingan kami

Liga A1 Semi-Pro Malaysia 2025-2026 : Keputusan, Jadual Dan Carta Kedudukan Pasukan

Berikut adalah senarai pasukan yang bertanding dalam Liga A1 Semi-Pro Malaysia musim 2025 – 2026 dan yang telah disahkan oleh Amateur Football League (AFL):-

  1. Armed Forces FC (ATM)
  2. Manjung City FC
  3. Imigresen FC II
  4. Johor Darul Ta’zim II
  5. Selangor FC II
  6. Kelantan WTS FC
  7. Kedah FA
  8. Machan FC
  9. Kelantan Red Warriors FC
  10. Bunga Raya FC
  11. Malaysian University
  12. Persatuan Bolasepak Perak (PAFA)
  13. Kedah Darul Aman (KDA) FC
  14. FC Seoul Phoenix (Korea Selatan)
  15. Guar Syed Alwi (GSA) FC
  16. UM-Damansara United

Siaran Langsung A1 Semi-Pro Musim 2025-2026 (Live)

Amateur Football League (AFL) secara rasminya mengumumkan kolaborasi bersama Astro selaku rakan penyiar rasmi Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026.

Pembabitan Astro ini bakal menjanjikan 31 siaran perlawanan langsung disepanjang kejohanan dan akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 8.45 malam yang boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena.

Sebelum ini perlawanan Liga A1 disiarkan menerusi saluran Youtube AFL, Facebook dan Mytv namun untuk musim ini di saluran Astro

Keputusan Liga A1 Semi-Pro

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Liga A1 Semi-Pro Malaysia 2025-2026 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa menerusi pautan berikut:-

Jadual Perlawanan

  • Klik pautan ALF

Carta Kedudukan Liga A1 2025/ 2026

Untuk carta kedudukan Terkini Liga A1 Semi-Pro pula, peminat bolasepak boleh merujuk kepad widget Carta Table di bawah.

Media Sosial Rasmi Malaysia Amateur League (AFL)