Jawatan Pembantu Khidmat Am Gred H1. Bekerja di sektor perkhidmatan awam atau kerajaan adalah pilihan ramai para pencari kerja masa kini. Selain masa depan yang terjamin, penjawat awam juga akan menikmati gaji bulanan yang menarik serta kemudahan lain seperti perubatan, cuti, bonus, kenaikan pangkat dan banyak lagi.
Jawatan ini adalah salah satu jawatan kerajaan yang popular di kalangan lulusan SPM/ SVM yang inginkan pekerjaan di sektor kerajaan. Untuk kemudahan semua yang berminat dengan jawatan ini, berikut adalah Deskripsi Tugas Pembantu Khidmat Am Gred H11 yang memaparkan skop kerja. tanggungjawab, jadual gaji minimum/ maksimum beserta syarat lantikan dan kelayakan untuk memohon.
Mereka yang berminat untuk memohon boleh membuat pendaftaran pekerjaan kerajaan secara atas talian atau online menerusi Borang SPA9 di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pendaftaran boleh dibuat sepanjang masa.
Deskripsi Tugas Pembantu Khidmat Am Gred H1 (SSPA)
Bagi mengoptimumkan sumber manusia melalui pelaksanaan berbilang tugas (multitasking) dan berbilang kemahiran (multi-skilling), skim perkhidmatan Pemandu Kenderaan, Pemandu/Operator Jentera Pemunggah, Pembantu Awam, Operator Loji, Bentara Parlimen, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi digabungkan sebagai satu (1) skim perkhidmatan baharu berkelayakan SPM iaitu Pembantu Khidmat Am yang diletakkan di bawah klasifikasi perkhidmatan Kemahiran (H). Penyandang sedia ada ditukar lantik ke skim perkhidmatan Pembantu Khidmat Am.
Berikut dikongsikan senarai tanggungjawab seorang Pembantu Khidmat Am Gred H1 di sektor perkhidmatan awam :
1. Ringkasan Tugas
Berikut adalah Deskripsi kerja untuk rujukan semua :-
- Pembantu Khidmat Am bertanggungjawab melaksanakan skop tugas berkenaan pengurusan dokumen dan memberi sokongan operasi serta memastikan pengurusan pejabat agar berjalan dengan lancar.
- Juga bertanggungjawab bagi urusan pemanduan dan penyelengaraan semua jenis kenderaan termasuk motobot mengikut keperluan agensi masing-masing.
- Selain itu, ia bertanggungjawab bagi urusan pengendalian loji / jentera statik mengikut perundangan / peraturan yang berkuat kuasa.
2. SKIM PERKHIDMATAN : Pembantu Khidmat Am Gred H1, H2, H3, H4.
3. PERINGKAT ORGANISASI : Pelbagai kementerian / jabatan / agensi kerajaan.
4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
(Catatan: Skop tugas berikut merupakan senarai tugas secara umum yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan skop tugas PKA.)
4.1 Tanggungjawab bagi urusan pemanduan kenderaan termasuk motobot
4.1.1 Penugasan Pemanduan Kenderaan
- i. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa dan sesuai untuk perjalanan mengikut kesesuaian destinasi.
- ii. Memastikan pergerakan kenderaan hendaklah berdasarkan arahan Ketua Jabatan / Pembantu Kenderaan.
- iii. Memandu mengikut undang-undang dan peraturan lalu lintas yang berkuat kuasa.
- iv. Mengemas kini buku rekod penggunaan dan buku rekod penyelenggaraan mengikut kaedah yang ditetapkan.
- v. Melaporkan kerosakan yang dikesan pada kenderaan mengikut kaedah yang ditetapkan.
4.1.2 Pengendalian Jentera Pemunggah
- i. Melakukan kerja pengangkutan atau pemunggahan
- ii. Memastikan jentera pemunggah berada dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan.
- iii. Penyeggaraan mudah ke atas Jentera.
- vi. Mengemas kini buku rekod penggunaan dan buku rekod penyelenggaraan mengikut kaedah yang ditetapkan.
4.1.3 Aspek pemanduan motobot/enjin sangkut
- i. Memastikan bot dan peralatannya berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
- ii. Memastikan keselamatan penumpang, aset kerajaan, keselamatan pelayaran serta mencegah pencemaran laut / perairan semasa pengendalian motobot / enjin sangkut.
- iii. Memastikan motobot / enjin sangkut disenggara mengikut jadual.
4.2 Tanggungjawab pengurusan dokumen
4.2.1 Aspek tugas-tugas penyampaian dokumen
- i. Melaksanakan tugas penyampaian dan kutipan dokumen.
- ii. Menampal notis yang tidak dapat disampaikan mengikut kaedah yang ditetapkan.
- iii. Menjelaskan maksud dokumen yang dihantar kepada pihak berkenaan.
- iv. Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen berkenaan.
- v. Mengemas kini buku rekod berkaitan
4.2.2 Aspek tugas-tugas lain
- i. Menyediakan afidavit serahan / afidavit tanpa serahan.
- ii. Mengambil gambar harta tunggakan bangunan dan tanah kosong.
- iii. Menyertai tindakan rampasan barangan sita.
- iv. Membuat carian kes-kes lama yang tiada maklum balas dari mahkamah.
4.3 Tanggungjawab untuk memastikan kelancaran urusan pejabat
4.3.1 Memastikan kelancaran urusan pejabat
- i. Memastikan kebersihan dan kekemasan pejabat sepanjang masa.
- ii. Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik.
4.3.2 Pengurusan pentadbiran Parlimen
- i. Memastikan dokumen dan peralatan yang diperlukan diedarkan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- ii. Mengawasi dewan mengikut keperluan dan peraturan yang ditetapkan.
- iii. Pengawasan etika berpakaian dan tingkah laku semasa di Parlimen serta keselamatan termasuk waktu kecemasan.
- iv. Membantu melaksanakan urusan pejabat seperti kerja-kerja fail dan tugas-tugas menaip dari semasa ke semasa.
4.4 Tanggungjawab bagi urusan pengendalian loji / jentera statik
- i. Menjalankan operasi dandang (boiler) dan pemampat udara (air compressor) mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
- ii. Memastikan saluran bekalan udara mampat dan stim ke tempat diperlukan sentiasa dalam keadaan baik.
- iii. Melaksanakan penyelenggaraan dandang tekanan tinggi serta memastikan mesin-mesin dan peralatan kerja dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan serta disenggarakan secara berkala.
- iv. Mengemas kini rekod penggunaan dan penyelengaraan mesin dan peralatan yang digunakan.
- v. Membantu tugas-tugas operasi penyenggaraan dandang.
- vi. Menjalankan kerja-kerja penjagaan sistem sokongan yang bersangkutan dengan dandang.
- vii. Memastikan kebersihan dan keselamatan persekitaran tempat kerja bagi menjamin keselamatan diri dan pelawat.
4.5 Tanggungjawab untuk memberi sokongan operasi (termasuk penyelamat, penyelenggaraan jeti (LKIM dan penyelenggaraan ikan dan peti ikan LKIM)
4.5.1 Aspek tugasan am bersifat hands-on serta sokongan operasi dan pembaikan kerosakan kecil
- i. Bertanggungjawab dalam tugas-tugas persiapan dan logistik sebelum dan selepas majlis rasmi atau mesyuarat seperti alat siaraya dan kerusi / meja.
- ii. Membersih dewan / bangunan / bilik-bilik mesyuarat berkaitan.
- iii. Menyedia dan mengangkut peralatan / barang-barang ke tapak kerja.
- iv. Membersihkan tapak kerja serta mengangkut sampah sarap dari tapak kerja selepas selesai tugas.
- v. Melaksanakan lain-lain tugasan rencam seperti pembersihan longkang, pemotongan rumput dan dahan pokok serta tugastugas landskap serta keceriaan kawasan.
- vi. Memastikan peralatan / ruang kerja yang berada di bawah pengawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur, selamat serta dapat beroperasi dengan baik untuk digunakan pada bila-bila masa.
- vii. Menjalankan pemeriksaan harian / berkala ke atas peralatan/ ruang kerja yang berada di bawah pengawasan.
- viii. Menerima dan merekod aduan kerosakan dari pelanggan.
- ix. Membantu menjalankan kerja-kerja penyenggaraan dan membaik pulih kerosakan kecil.
- x. Membantu kerja-kerja sokongan operasi berkaitan elektrik dan elektronik, penanaman pokok, penyemaian benih, akuakultur dan lain-lain yang berkaitan.
- xi. Tugasan hands-on lain terutamanya yang dijalankan di luar kawasan pejabat.
4.5.2 Aspek tugasan menyelamat di kolam renang awam
- i. Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang awam.
- ii. Bertanggungjawab ke atas keselamatan semua pengguna kolam renang awam.
- iii. Memasukkan bahan kimia ke dalam kolam bagi memelihara dan memastikan mutu air kolam berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
- iv. Memastikan kebersihan kawasan kolam renang dan kadar pH air kolam renang selamat digunakan.
- v. Memastikan semua peralatan kolam seperti peralatan menyelamat dan motor pam berada di dalam keadaan selamat untuk digunakan.
4.5.3 Aspek tugas-tugas operasi am di jeti [hanya di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)]
- i. Menguruskan hal ehwal di jeti pendaratan LKIM termasuk aktiviti menjahit pukat, meletak pukat dan peralatan serta mengawal penggunaan air, elektrik dan tempat jahit pukat di jeti.
- ii. Memastikan kebersihan dan kekemasan persekitaran jeti.
- iii. Mengemas kini buku rekod berkaitan.
5. HUBUNGAN KERJA
- (a) Rakan sekerja di bahagian / unit / cawangan yang sama.
- (b) Pegawai atasan.
- (c) Orang awam dan masyarakat setempat.
PERSEKITARAN KERJA
Dalam dan luar pejabat.
KEBOLEHAN YANG DIUTAMAKAN (PENGETAHUAN/KEMAHIRAN)
- (a) Berkebolehan mengendali dan menyelenggara kenderaan mengikut skop tugas yang ditetapkan.
- (b) Mahir mengendalikan dan menyelenggara serta melaksanakan pembaikan kecil ke atas dandang dan peralatan berkaitan mesin dandang / enjin pembakaran mengikut peraturan yang ditetapkan.
- (c) Berkebolehan dalam prosedur dan teknik menyampaikan dokumen udang-undang serta mahir dalam menentukan elemen-elemen asas yang diperlukan apabila menyediakan afidavit penyampaian atau tanpa penyampaian.
- (d) Berkebolehan berenang dan menyelamat serta memberi pertolongan cemas.
- (e) Berkebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
- (f) Berkebolehan menguruskan masa.
- (g) Berpengetahuan berkenaan protokol pengurusan majlis.
- (h) Mahir mengenal pasti aspek kebersihan / keceriaan dan keselamatan kawasan kerja.
- (i) Berkebolehan membuat catatan dan merekod dengan berkesan.
SIFAT-SIFAT YANG BERSESUAIAN DENGAN JAWATAN
- (a) Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
- (b) Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.
- (c) Sentiasa menjaga ketrampilan diri, berpakaian kemas, bersopan dan mesra pelanggan.
- (d) Sentiasa menjaga disiplin
- (e) Jujur dan ikhlas
- (f) Berdedikasi.
- (g) Bertanggungjawab.
- (h) Efisien.
- (i) Bersih, cekap dan amanah.
- (j) Bekerjasama.
- (k) Kompeten dan teliti.
- (l) Mampu bekerja secara kumpulan.
ANCAMAN / BAHAYA
- (a) Terdedah kepada kemalangan semasa menjalankan tugas.
- (b) Kesukaran dari segi bentuk muka bumi yang pelbagai serta jarak lokasi sesuatu kawasan.
- (c) Faktor luar yang boleh membahayakan.
- (d) Ancaman binatang peliharaan.
- (e) Kebocoran rahsia.
- (f) Kepentingan diri.
- (g) Kecuaian.
SUMBER : JPA
Jadual gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan adalah seperti berikut.
Tangga Gaji
Kumpulan/ Klasifikasi Perkhidmatan : Pelaksana/ Kemahiran
Kem/Jab : Pelbagai Kementerian atau Jabatan
Gaji Minimum : RM 1,500.00
Gaji Maksimum : RM 4,680.00
Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 100.00
Syarat lantikan serta kelayakan bagi jawatan ini adalah seperti berikut.
Syarat Lantikan
a) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
ii. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
iv. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00).
dan
v. Memenuhi syarat lantikan bagi keperluan khas (jika melaksanakan tugas atau mana-mana gabungan tugas seperti di perenggan 1(b)).
b) i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan; atau
ii. Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; atau
iii. Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia; atau
iv. Bagi tugas pengendalian dandang, calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Enjin Pembakaran Dalam) Gred 2 atau Perakuan Kebolehan Drebar Enjin (Dandang Stim/Enjin Stim) Gred 2 mengikut mana yang berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta berkebolehan mengendalikan loji pembakaran dalam 40-100 kuasa kuda atau loji stim/dandang yang luas permukaan pembakarannya di bawah 100 kaki persegi mana yang berkenaan; atau
v. Bagi tugasan menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas dan berkebolehan berenang.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Sumber SPA