Panduan terkini dikemaskini pada

Permohonan Kemasukan Ke Diploma Jururawat USM 2020 Online

Jom Masuk USM. Permohonan Program Diploma Kejururawatan USM 2020 Online. Anda seorang yang berkerjaya dan berminat menjadi seorang jururawat atau nurse? Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaan permohonan Diploma Jururawat Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2020 seperti dikongsikan dari Permohonan@USM.

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USM dibuka mengikut saluran saluran / program seperti berikut:-

  • SALURAN ALTERNATIF
  • RANCANGAN PENGAJIAN JARAK JAUH (RPJJ)
  • PROGRAM ANTARABANGSA DOKTOR PERUBATAN USM‐KLE
  • DIPLOMA KEJURURAWATAN
  • DIPLOMA LANJUTAN KEJURURAWATAN RENAL

Permohonan program Ijazah Pertama (Penuh Masa) di bawah Saluran Perdana bagi lepasan STPM/ Matrikulasi  KPM/Asasi, UiTM/PASUM/A‐level/IB/AUSMAT dan lain‐lain yang setaraf sesi 2020-2021 adalah melalui UPU Online.

diploma kejururawatan usm

Permohonan Diploma Jururawat USM Sesi Ambilan Tahun 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Diploma Jururawat 2020 USM. Permohonan boleh dibuat secara online dan akan di buka seperti ketetapan berikut :-

Info Penting Diploma Kejururawatan

  • Tarikh Buka/ Tutup Permohonan : 10 Februari 2020 hingga 13 April 2020
  • Yuran Proses Permohonan : RM 60 – Calon perlu membeli No. PIN USM JURURAWAT dari Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tempoh Pengajian 3 Tahun

Cara Memohon

Permohonan secara dalam talian (online application) melalui laman web di pautan :-

Panduan permohonan boleh dirujuk di USM

Tatacara Permohonan Diploma Jururawat USM Online

Permohonan kemasukan ke USM bagi program Ijazah Sarjana Muda Penuh Masa melalui Saluran Alternatif, Jarak Jauh, Program Pesisir dan Diploma perlu dikemukakan melalui permohonan atas talian di laman web https://pohon.usm.my. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat permohonan :-

1. PEMBELIAN NO. PIN

  • No. Pin USM di BSN
  • Pastikan No PIN USM yang betul mengikut Saluran

2. DAFTAR PERMOHONAN

  • Daftar permohonan @ Web – https://pohon.usm.my
  • Dapatkan No. Rujukan

3. LOGIN

  • No. Rujukan
  • Kata Laluan (ditetapkan pemohon semasa mendaftar)

4. MAKLUMAT PERIBADI

  • Contoh: tarikh lahir, alamat, no. telefon & sebagainya
  • Tekan butang SETERUSNYA

5. MAKLUMAT AKADEMIK

  • Isi maklumat akademik, contoh: SPM, STPM/Matrik/Asasi Diploma & sebagainya

6. MAKLUMAT KO‐KURIKULUM

  • Mengisi maklumat ko-kurikulum seperti badan beruniform / sukan
  • Jika berkaitan

7. MAKLUMAT SOSIO‐EKONOMI

  • Maklumat ibu bapa / penjaga
  • Contoh: Nama, No. K/P, Pekerjaan, Pendapatan dan lain-lain

8. PILIHAN PROGRAM PENGAJIAN

  • Pilihan program
  • Jika berkaitan

9. MUAT NAIK

  • Contoh dokumen: Salinan MyKad, SPM, STPM/Matrik/Asasi/ Diploma, A-Level, IB dan lain-lain lagi

10. PENGESAHAN

  • Tekan butang HANTAR
  • Cetak maklumat permohonan untuk rujukan

Syarat-Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan USM :-

Syarat Am

  1. Lulus SPM/Setaraf
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia/ Bahasa Malaysia Kertas Julai
  3. Lulus mata pelajaran Sejarah

Syarat Khas Program

Lulus SPM dengan dengan lima (5) kepujian

  • Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics/ Additional Mathematics
  • Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
    • Sains
    • Biologi
    • Kimia
    • Fizik
    • Applied Science
  • Mendapat Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran yang lain
  • DAN

Cemerlang dalam penilaian temu duga

Semoga panduan Permohonan Diploma Jururawat USM 2020 Online ini bermanfaat buat semua pelajar. Selamat membuat permohonan dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan nanti.