Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan PraSekolah 2026 – 2027 Online & Manual

Bilakah tarikh semakan PraSekolah 2026? Perhatian buat ibu bapa dan penjaga yang telah mendaftar ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Mac/ April yang lalu. Menerusi makluman Manual Pengguna e-PraSekolah, Semakan Keputusan PraSekolah 2026 Online boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2025 (tertakluk kepada pindaan).

Dikongsikan juga maklumat berkaitan cara membuat rayuan PraSekolah serta tarikh semakan rayuan. Untuk ibu bapa atau penjaga yang telah membuat application murid ke Tahun 1 2026, sila rujuk KEMASUKAN TAHUN 1 untuk maklumat tarikh penting dan applikasi semakan.

semakan keputusan prasekolah 1

Semakan Keputusan Kemasukan PraSekolah 2026 – 2027 Online

Seperti yang dinyatakan dan menerusi maklumat di manual pengguna e-PraSekolah, Ibu bapa/ penjaga boleh membuat semakan keputusan ke Pra Sekolah KPM 2026 anak mereka melalui beberapa kaedah seperti berikut :-

a. Semakan Secara Online (Atas Talian)

Keputusan boleh disemak melalui laman sesawang ePra Sekolah bermula dari 5 Ogos 2025 (tertakluk kepada pindaan)

b. Secara Manual Iaitu Melalui Sekolah Dimohon

Semakan keputusan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos 2025 (tertakluk kepada pindaan)

Rayuan PraSekolah

a. Bagi yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

b. Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan appeal secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.

c. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2025 (tertakluk kepada pindaan).

d. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi :-

Bantuan Helpdesk

  • a. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • b. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau

Sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang berkenaan ke Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Prasekolah setiap negeri beserta emel berikut :-

  1. JPN Johor eprasekolah.johor@moe.gov.my
  2. JPN Kedah epra.kedah@moe.gov.my
  3. JPN Kelantan prasekolah.kelantan@moe.gov.my
  4. JPN Melaka epra.melaka@moe.gov.my
  5. JPN Negeri Sembilan jpnn9.eprasekolah@moe.gov.my
  6. JPN Pahang epra.pahang@moe.gov.my
  7. JPN Perak jpnperak.upkk@moe.gov.my
  8. JPN Perlis eprasekolah.perlis@moe.gov.my
  9. JPN Pulau Pinang eprasekolah.pp@moe.gov.my
  10. JPN Sabah prasekolah.jpnsabah@moe.gov.my
  11. JPN Sarawak prasek.jpnswk@moe.gov.my
  12. JPN Selangor selangor.epra@moe.gov.my
  13. JPN Terengganu upra.jpnt@moe.gov.my
  14. JPWP Kuala Lumpur jpwpkl.epra@moe.gov.my
  15. JPWP Labuan eprasekolah.wplabuan@moe.gov.my
  16. JPWP Putrajaya eprasekolah.putrajaya@moe.gov.my

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem sila emelkan kepada: eprasekolah@moe.gov.my Sila nyatakan nombor MyKid anak dan nombor MyKad pemohon (Ibu Bapa/Penjaga) dalam email tersebut.

Selamat membuat Semakan Keputusan. Tahniah kepada murid yang berjaya dalam status registration mereka.