Panduan terkini dikemaskini pada

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2024 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Panduan buat Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2024 Tingkatan 1 yang ditutup pada 17 September 2023. Pemohon boleh mengetahui atau menyemak keputusan permohonan SBP 2024 mereka selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

Untuk semakan keputusan Tingkatan 4 SBP pula, keputusan pemilihan  dan penempatan akan diumumkan selewat-lewatnya pada tarikh yang akan dikemaskini.

semakan tawaran sbp

Semakan Keputusan Permohonan SBP 2024 Tingkatan 1 Dan 4 Online (Tawaran Penempatan)

Semakan tawaran ke SBP 2024 akan di buka secara online mengikut tarikh berikut di mana pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di  https://www.moe.gov.my/.

SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2024
Tarikh Buka 1 Mac 2024
Tarikh Tutup ?
Aplikasi Semakan https://spskt1.moe.gov.my/
SEMAKAN RAYUAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2024
Tarikh Buka ?
Tarikh Tutup ?
Aplikasi Semakan Keputusan Rayuan Form 1

Maklumat semakan tawaran dan rayuan SBP untuk Form 4 adalah seperti berikut :-

SEMAKAN KEPUTUSAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2024
Tarikh Buka 1 Mac 2024
Tarikh Tutup ?
Aplikasi Semakan https://spskt4.moe.gov.my/
SEMAKAN RAYUAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2024
Tarikh Buka ?
Tarikh Tutup ?
Aplikasi Semakan Keputusan Rayuan Form 4

ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2024

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan (hanya yang telah menduduki PKSK atau dulu dikenali sebagai UKSBP), tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya sehingga tarikh yang akan dikemaskini.

Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2024 Tingkatan 1, Tingkatan 4
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Hantar

Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2024 kali ini. Juga anda berjaya dalam permohonan e-rayuan SBP 2024.