Kalendar Cuti Sekolah 2025 / 2026 Takwim Penggal Persekolahan Malaysia Dan Cuti Perayaan KPM. Bilakah tarikh cuti persekolahan tahun 2025? Berikut dikongsikan Kalendar Takwim Penggal Persekolahan & Cuti Perayaan yang telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Takwim Penggal Persekolahan 2025 / 2026 ini meliputi tarikh mula sekolah beserta maklumat tarikh cuti yang dibahagikan kepada dua (2) kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B. Juga dikongsikan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM sempena dengan perayaan utama di Malaysia.
Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2025 – 2026 KPM (Tarikh School Holidays Date)
School holidays merujuk kepada tempoh masa tertentu dalam setahun di mana sesi persekolahan ditangguhkan, memberikan waktu rehat kepada pelajar dan guru. Ini termasuk cuti penggal, cuti peristiwa, dan cuti akhir tahun.
Ianya adalah masa untuk pelajar berehat, melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah, dan bersedia untuk sesi persekolahan yang akan datang.
Berikut adalah beberapa jenis school holidays:
Cuti Penggal: Cuti yang diberikan pada pertengahan penggal persekolahan untuk tempoh tertentu, contohnya, cuti penggal pertama, kedua, dan cuti akhir tahun.
Cuti Peristiwa: Cuti yang diberikan pada hari perayaan atau majlis rasmi sekolah, biasanya sehingga empat hari setahun.
Cuti Akhir Tahun: Cuti panjang yang diberikan pada akhir tahun akademik untuk membolehkan pelajar dan guru berehat sebelum sesi persekolahan baru bermula.
Tujuan cuti diberikan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berehat, meluangkan masa bersama keluarga, dan terlibat dalam aktiviti yang bermanfaat di luar bilik darjah.
Berikut adalah jadual cuti persekolahan yang mengandungi tarikh school holidays untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun.
Juga disertakan tarikh naik persekolahan dan tarikh akhir persekolahan setiap penggal.
1. KUMPULAN A
Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
a) Penggal Persekolahan
- Penggal pertama persekolahan : 16/2/2025 sehingga 28/5/2025
- Penggal kedua persekolahan : 10/6/2025 sehingga 11/9/2025
- Penggal ketiga persekolahan : 21/9/2025 sehingga 18/12/2025
b) Tarikh Cuti Sekolah
- Cuti pertengahan penggal 1 : 29/5/2025 sehingga 9/6/2025 (1 minggu)
- Cuti pertengahan tahun : 12/9/2025 sehingga 20/9/2025 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun dari 19/12/2025 hingga 10/1/2026 (3 minggu)
2. KUMPULAN B
Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
a) Penggal Persekolahan
- Penggal pertama persekolahan : 17/2/2025 sehingga 28/5/2025
- Penggal kedua persekolahan : 10/6/2025 sehingga 12/9/2025
- Penggal ketiga persekolahan : 22/9/2025 sehingga 19/12/2025
b) Tarikh Cuti Sekolah
- Cuti pertengahan penggal 1 : 29/5/2025 sehingga 9/6/2025 (1 minggu)
- Cuti pertengahan tahun : 13/9/2025 sehingga 21/9/2025 (1 minggu)
- Cuti Akhir Tahun dari 20/12/2025 hingga 11/1/2026 (3 minggu)
Cuti Perayaan 2025 KPM
KPM juga memperuntukkan cuti perayaan bersempena dengan sambutan perayaan-perayaan utama di Malaysia seperti jadual berikut :-
Diantara perayaan yang terlibat adalah Hari Raya Aidilfitri & Hari Deepavali.
CATATAN:
- Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 dan 30 Januari 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2024/2025)
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 dan 31 Mei 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 01 dan 02 Jun 2025 (Dalam Cuti Penggal 1, Sesi 2025/2026)
- Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2025 (Dalam Cuti Akhir Persekolahan Sesi 2025/2026)
Cuti Tambahan Deepavali 2025
Kumpulan A
Bagi sekolah di bawah Kumpulan A yang meliputi Kedah, Kelantan dan Terengganu, dua (2) hari cuti tambahan diberikan pada 19 Oktober 2025 (Ahad) dan 21 Oktober 2025 (Selasa). Ini bermakna pelajar di negeri berkenaan akan menikmati cuti panjang bermula dari hujung minggu hingga Selasa, menjadikan tempoh rehat yang lebih selesa bagi mereka yang turut menyambut Deepavali.
Kumpulan B
Manakala bagi Kumpulan B yang terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), cuti tambahan diumumkan pada 21 dan 22 Oktober 2025 (Selasa dan Rabu). Semua sekolah dalam kumpulan ini (kecuali Sarawak) turut menikmati tempoh rehat hampir seminggu, memberi ruang untuk menyambut perayaan dan mengukuhkan semangat perpaduan antara kaum.
Bagi Negeri Sarawak, hanya 20 Oktober 2025 (Isnin) diperuntukkan sebagai cuti tambahan memandangkan Deepavali bukan cuti umum di negeri tersebut.
Download Takwim Penggal Persekolahan KPM 2025 – 2026
* Untuk kemudahan, Kalendar Takwim Penggal Persekolahan 2025 ini boleh di muat turun/ download di Portal Rasmi KPM.
Moga tarikh cuti yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ penjaga dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga termasuk bercuti seisi keluarga.
Ref : pulau pinang perak putrajaya, jun 2025 29 mei 9 jun 2025, johor kuala lumpur wilayah persekutuan labuan wilayah persekutuan putrajaya, 20 dis 2025 10 jan 2026, 16 februari 2025, 19 dis 2025 10 jan 2026, kumpulan a dan kumpulan b,