Panduan terkini dikemaskini pada

Bantuan Awal Persekolahan 2026 – Tarikh Bayaran BAP

Bantuan Awal Persekolahan RM150 (BAP) Sesi Tahun 2026. Bilakah tarikh bayaran bantuan sekolah 2026? Menerusi makluman Facebook KPM, kerajaan mengumumkan bantuan untuk pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang berkelayakan menerima bantuan awal persekolahan berjumlah RM150. Bermula tahun 2016, bantuan persekolahan telah diperkenalkan pada kadar bantuan RM100 dan terhad kepada pelajar di mana pendapatan isi rumah berjumlah RM3,000 dan ke bawah sahaja. Namun syarat ini telah berubah dan kerajaan telah mengumumkan bantuan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira pendapatan ibu dan bapa.

Peruntukan khas ini akan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum diagihkan ke sekolah secara berperingkat bermula 11 Januari 2026. Tujuan BAP adalah untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa/ penjaga murid.

Bantuan Awal Persekolahan RM150 (BAP) Tahun 2026

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan diteruskan dengan pemberian RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6, bagi membantu meringankan kos menyediakan kelengkapan persekolahan.

Bagi tahun 2026, penyaluran bantuan akan kembali dibuat secara serahan tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyampaian yang lebih berkesan, malah bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.

Komitmen berterusan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara demi kelangsungan pendidikan berkualiti.

Maklumat Pembayaran Bantuan Persekolahan 2026

RM150 bagi seorang murid warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 6 pada sesi persekolahan 2026

  • Tanpa mengambil kira had pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga
  • Agihan secara tunai sepenuhnya kepada ibu bapa melalui program pertemuan dengan ibu bapa yang diaturkan oleh pihak sekolah

Agihan BAP di sekolah bermula seawal 11 Januari 2026 (Ahad)

PEMILIHAN

Murid warganegara Malaysia yang berada di Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya yang bersekolah di:

  • Sekolah kerajaan (SK);
    Sekolah bantuan kerajaan (SBK);
    Sekolah agama;
    Sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM tidak termasuk sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat;
    Kolej PERMATA;
    Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih;
    Sekolah Integriti;
    Sekolah Henry Gurney;
    Maktab Rendah Sains MARA; dan
    Maktab Tentera Diraja

Maklumat Lanjut Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026

Semoga Bayaran Bantuan Persekolahan RM150 Tahun 2026 ini mampu meringkan beban ibu bapa pelajar. Ianya seterusnya membantu golongan yang berkelayakan untuk memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak mereka.