Panduan terkini dikemaskini pada

Kadar Dividen KWSP 2019-2020

Anda seorang pencarum KWSP atau EPF “Simpanan Hari Tua Anda”? Pastinya anda ingin tahu tarikh pengagihan dividen EPF untuk tahun 2019. Ramai pencarum KWSP mengharapkan kadar dividen yang tinggi tahun 2019 yang akan diumumkan pada tahun 2020 ini sama atau lebih dari kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji dengan harapan simpanan atau tabungan masa tua akan bertambah.

Umum sedia maklum yang keadaan kehidupan dan ekonomi yang sukar masa kini menyebabkan rakyat tidak dapat menabung hasil dari jumlah gaji pendapatan yang diterima.

dividen kwsp

Tarikh Dan Jumlah Pengumuman Kadar Dividen KWSP 2019-2020

Mengikut rekod tahun lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2019 pada bulan Februari 2020.

  • Tahun 2019 : Akan dikemaskini
  • Tahun 2018 : Hari Sabtu, 16 Februari 2019

Mengikut rekod, jumlah pengagihan dividen EPF tahun 2017 telah diumumkan pada hari Sabtu, 10 Februari 2018. Untuk tahun 2016 pula, pengumuman telah dibuat pada hari Sabtu, 18 Februari 2017. Jika mengikut trend jumlah pengagihan dividen 10 tahun yang lepas, pencarum mengharapkan ianya lebih tinggi dan tidak kurang dari 6%.

  • Kadar dividen KWSP/ EPF
    • Tahun 2019-2020 : Akan dikemaskini
    • Tahun 2018-2019 : Kadar dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional dan 5.9% untuk simpanan Shariah

dividen kwsp 2018

  • 2017-2018 adalah sebanyak 6.9% untuk simpanan konvensional dan 6.4% untuk simpanan Shariah
  • 2016 adalah berjumlah 5.7 %

Jumlah Kadar Dividen EPF Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Berikut adalah kadar dividen KWSP dari tahun 2000 hingga 2015 sebagai rujukan para pencarum.

TAHUN KADAR DIVIDEN TAHUN KADAR DIVIDEN
2000 6 2008 4.5
2001 5 2009 5.65
2002 4.25 2010 5.8
2003 4.5 2011 6
2004 4.75 2012 6.15
2005 5 2013 6.35
2006 5.15 2014 6.75
2007 5.8 2015 6.40

Penyata akaun yang dikreditkan dividen, boleh disemak secara online melalui i-Akaun di laman web myEPF www.kwsp.gov.my, selain boleh didapati dari kios KWSP atau cawangan KWSP berdekatan selepas tarikh pengumuman dividen dibuat iaitu pada hari Ahad, 11 Februari 2018.

Cara Hubungi KWSP

Maklumat mengenai dividen 2018 boleh diperoleh menerusi laman Facebook KWSP, Twitter di KWSPBuzz dan YouTube ‘KWSP Malaysia.’ Anda juga boleh mengetahui tentang perkhidmatan lain KWSP seperti i-akaun, jenis pengeluaran, muat turun borang dan banyak lagi di Laman Web Rasmi KWSP di pautan URL https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Ahli boleh menyemak penyata akaun KWSP untuk pengkreditan dividen 2018 bermula Ahad, 17 Februari 2019, melalui i-Akaun atau laman web myEPF di www.kwsp.gov.my. Aplikasi mudah alih i-Akaun boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Semoga kita semua berharap agar jumlah pengagihan dividen KWSP tahun 2019 ini makin meningkat dari tahun sebelumnya.