Berita baik buat pelajar Lepasan Tingkatan 3 yang telah membuat application ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) ambilan tahun 2027. Pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2027 secara online pada tarikh 18 Disember 2026.
Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.
SEMAKAN KEPUTUSAN KV DAN SMT 2027 ONLINE
Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan tawaran ambilan sesi akademik tahun 2027.
Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk di Asrama KV
- Untuk info, semua KV/SMT ada menyediakan kemudahan asrama kecuali KV Sultan Abdul Samad dan KV Kuching.
- Sekiranya murid yang berjaya ditawarkan tetapi tidak mendapat penempatan asrama boleh membuat Rayuan penempatan asrama di KV/SMT yang memberi tawaran kepada murid tersebut dan ianya bergantung kepada kekosongan asrama di KV/SMT tersebut.
MAKLUMAT SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2027 ONLINE
Keputusan tawaran Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT).
- APPLIKASI SEMAKAN : Klik https://spskt4.moe.gov.my/
Murid yang berjaya mendapat tawaran ke KV hendaklah :-
- a) Murid hendaklah klik butang pengesahan βSetuju Terimaβ dalam tempoh 5 hari dari tarikh semakan tawaran iaitu sehingga 22 Disember 2026. Jika GAGAL berbuat demikian, tempat akan ditawarkan kepada calon lain.
- b) Murid hendaklah mencetak surat tawaran, buku tawaran kemasukan dan dokumen lain yang disertakan di laman web spskt4.
- c) Murid hendaklah melengkapkan buku tawaran sebelum hari pendaftaran dan diserahkan ke KV semasa hari pendaftaran.
ποΈ Tarikh-tarikh penting:
β
Permohonan PKSK: 10 Julai β 14 Ogos 2026
β
Semakan Pusat PKSK: 11 September β 1 Oktober 2026
β
PKSK Tingkatan 4: 21 September β 1 Oktober 2026
β
Temuduga Tahun 1 (SVM): 26 Oktober β 6 November 2026
β
Pengumuman Tawaran Tahun 1 (SVM): 18 Disember 2026
β
Pendaftaran Kolej Vokasional: 5 Januari 2027
Mohon ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh yang telah ditetapkan dan kongsikan hebahan ini kepada murid Tingkatan 3, ibu bapa serta penjaga.

Semakan Panggilan Temuduga KV
Debaran bakal pelajar KV bakal bermula! β€οΈ
Kepada calon yang telah memohon dan menduduki ujian PKSK, bersedialah untuk menerima panggilan temuduga.
π
Anggaran Tarikh Temuduga: 26 Oktober β 6 November 2026
Tertakluk kepada KV masing-masing.
π Panggilan mungkin diterima melalui:
β
Telefon
β
E-mel
β
WhatsApp
β 6 PERSEDIAAN PENTING
- 1. Semak tarikh, masa dan lokasi temuduga
- 2. Sediakan dokumen yang diperlukan
- 3. Berpakaian kemas dan sopan mengikut arahan KV
- 4. Kenali bidang yang dipohon
- 5. Berlatih menjawab soalan dengan yakin
- 6. Hadir lebih awal.
π Jangan lupa! Susun slip PBD, PPsi, UASA, PAJSK, sijil pencapaian dan dokumen lain yang diminta oleh KV.
Setiap Kolej Vokasional mungkin mempunyai keperluan berbeza. Pastikan anda merujuk surat panggilan dan makluman rasmi KV masing-masing.
β€οΈ Semoga berjaya buat semua calon!
- Contoh surat Rayuan (hanya terpakai untuk sesi ambilan sebelum ini), klik SURAT Appeal KV

Cara Membuat Rayuan KV Dan SMT 2027
Murid yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat di eβrayuan pada laman web yang sama spskt4 pada 18 Disember hingga 31 Disember 2026.
Calon tidak perlu hadir atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan. Calon hanya perlu membuat rayuan melalui e-rayuan secara atas talian/ online seperti tarikh yang telah ditetapkan.
Soalan Lazim (FAQ) KV/ SMT
Berikut adalah sebahagian soalan dan jawapan yang kerap ditanya berkaitan ambilan KV/ SMT 2027 :-
1. Sekiranya murid tidak berjaya mendapat tawaran, bagaimanakah cara membuat rayuan?
- Murid yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat di e β rayuan
2. Bolehkah membuat rayuan secara walk-in?
- Tidak boleh. Tiada lagi rayuan secara walk-in
3. Adakah murid boleh bertukar KV/SMT yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad
4. Adakah murid boleh bertukar program/kursus yang lain selepas berjaya ditawarkan?
- Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad
5. Adakah murid yang didapati memberi maklumat salah/memalsukan maklumat, maka tawaran akan terbatal serta merta?
- Ya. Murid yang memberi maklumat salah/ memalsukan maklumat akan diambil tindakan dengan menarik balik tawaran.
SUMBER : SPSKT4
Tahniah kepada pemohon Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2027 Online yang berjaya menerima tawaran masuk. Semoga anda terus berjaya dalam pengajian di KV dan SMT nanti.
Ref : kementerian pendidikan malaysia kpm portal rasmi rayuan, smt ambilan januari, tarikh semakan untuk membuat rayuan, aplikasi semakan, dibuat secara online, keputusan rayuan, sekolah menengah teknik ambilan



