Anda seorang peminat bolasepak di Malaysia seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA? Berikut dikongsikan jadual siaran langsung (live streaming) Liga Malaysia 2025-2026 meliputi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia 2025 yang bermula dari 8 Ogos 2025.
Astro kembali untuk musim ketiga sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia 2025-2026, membawa pengalaman tontonan secara lebih dekat dan segar menerusi saluran Arena Bola (CH 803 & 804) serta platform penstriman sooka (Live streaming). Dengan 228 perlawanan bakal bersiaran secara langsung dalam definisi tinggi (HD), peminat boleh mengikuti setiap jaringan, detik dramatik dan aksi terbaik dari mana-mana sahaja — sama ada di rumah, di stadium atau di hujung jari menerusi pek Astro One dan sooka (percuma & berbayar).
Terdapat juga beberapa perlawanan terpilih di mana rangkaian RTM melalui saluran TV Okey dan Sukan RTM serta live streaming di RTMKlik akan menyiarkan siaran langsung perlawanan.
13 pasukan akan bersaing untuk merebut juara Liga Super 2025 – 2026 kali ini dengan pasukan JDT adalah juara bertahan untuk sebelas (11) tahun berturut-turut setelah buat pertama kalinya menjuarai edisi 2014 terdahulu. 16 pasukan pula akan bersaing untuk Liga A1 Semi-Pro, liga Divisyen 2 bolasepak Malaysia.
Liga Super 2025-2026 Malaysia
Liga Super Malaysia 2025-2026 edisi ke-22 akan memulakan aksi pada 8 Ogos 2025 di mana Johor Darul Takzim akan bertemu dengan Selangor FC pada aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah perlawanan Sumbangsih. Liga Super Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan pada musim ini 13 pasukan telah layak bertanding. Juara akan layak ke Liga Elit Juara-Juara Asia AFC 2025-2026 (ACLE).
Piala Malaysia 2025-2026
Ianya merupakan edisi ke 97 kejohanan dilangsungkan dengan JDT adalah juara bertahan selepas menewaskan Pahang pada aksi final tahun 2024.
- Result terkini dan penuh Malaysia Cup
Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2025 – 2026
Buat peminat bolasepak, berikut dikongsikan jadual perlawanan Liga Super Malaysia tahun 2025 bermula dari perlawanan pertama dan seterusnya yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Ianya melibatkan perlawanan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA 2025.
Liga Super Perlawanan Ke 4 & Perlawanan Pindaan LS1
LS4 – 27 Ogos 2025 | |||
Perlawanan | TV | Hari | Waktu |
Selangor FC Vs Terengganu FC (Stadium MBPJ) | Astro Arena Bola 803, Astro GO | Rabu | 8.15 PM |
KL City FC Vs PDRM FC (Stadium Bolasepak KL) | Astro Arena Bola 804, Astro GO | Rabu | 8.15 PM |
LS4 – 28 Ogos 2025 | |||
Imigresen FC Vs JDT (Stadium Negeri Penang) | Sukan RTM, RTMKlik | Khamis | 5.00 PM |
LS4 – 29 Ogos 2025 | |||
Negeri Sembilan FC Vs Kuching City FC (Stadium Tuanku Abdul Rahman) | Astro Arena Bola 803, Astro GO | Jumaat | 9.00 PM |
Sabah FC Vs Melaka FC (Stadium Likas) – LS1 | Astro Arena Bola 803, Astro GO | Jumaat | 8.15 PM |
LS4 – 30 Ogos 2025 | |||
Penang FC Vs Kelantan TRW FC (Stadium Bandaraya) | Astro Arena Bola 804, Astro GO | Sabtu | 9.00 PM |
Senarai Pasukan Liga Super Malaysia
Berikut adalah senarai pasukan yang akan bersaing merebut Juara Liga Super musim 2025-2026.
Klik pautan berikut untuk melihat senarai pemain:-
- JDT FC
- Selangor FC
- Negeri Sembilan FC
- Terengganu FC
- Kelantan The Real Warriors FC (TRW)
- Kuching City FC
- Sabah FC
- Penang FC
- Kuala Lumpur City FC
- Imigresen FC
- PDRM FC
- DPMM FC (Brunei)
- Melaka FC
Maklumat Lanjut
Semoga persaingan Liga Malaysia musim kali ini lebih sengit dan mutu permainan pasukan dan pemain terus meningkat. Buat peminat bolasepak, anda boleh mengetahui result perlawanan lain seperti di bawah ini :-
- Piala Malaysia
- Piala FA Malaysia
- Liga A1 Semi-Pro
- Liga Perdana Inggeris (EPL)
- La Liga Sepanyol
- Bundesliga Jerman
Majulah sukan untuk negara. Semoga anda terhibur menyaksikan perlawanan Liga Malaysia 2025-2026 di kaca TV anda.
Rel : saluran rtm aksi perlawanan julai 2020 malaysia musim 2020 bola sepak unifi tv, johor darul takzim, jadual perlawanan berikut adalah jadual, unifi sports, aplikasi unifi