Apakah pilihan Aliran yang terdapat dan ditawarkan kepada pelajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)? Berikut dikongsikan senarai aliran/ program pendidikan yang ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2026. Juga dikongsikan maklumat aliran dan lokasi MRSM yang menawarkan program/ aliran yang dinyatakan.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan boleh membuat application ke MRSM secara atas talian/ online bermula dari 1 Ogos 2025 hingga 7 September 2025 untuk ke Tingkatan 1 dan 4.
Senarai Aliran/ Program Yang Ditawarkan Di MRSM
Merujuk kepada maklumat pengambilan MRSM 2026, sebanyak 5 program/ aliran ada ditawarkan untuk ke Tingkatan 1 manakala untuk Tingkatan 4 sebanyak 2 aliran ditawarkan. Berikut adalah senarai aliran/ program pengajian yang ditawarkan di MRSM untuk rujukan pelajar dan ibu bapa.
Aliran MRSM Tingkatan 1
Enam aliran/ program yang yang ditawarkan untuk ke Tingkatan 1 adalah seperti berikut :-
1. Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier) | |||
MRSM Program Premier menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. | |||
SPMRSM Premier ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
JOHOR
KEDAH
KELANTAN
MELAKA
PAHANG
PERAK
PERLIS
PULAU PINANG
SABAH
SARAWAK
TERENGGANU
|
*Tertakluk kepada perubahan
Aliran kedua adalah MRSM Program SPMRSM Ulul Albab
2. MRSM Program Ulul Albab | |||
Menawarkan kurikulum Sistem Pendidikan MRSM disamping nilai tambah termasuk Tahfiz al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab | |||
Pelajar yang memilih MRSM Program Ulul Albab perlu memahami beberapa perkara iaitu :- | |||
1. Menawarkan Program Ulul Albab sebagai nilai tambah | |||
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Ulul Albab bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 | |||
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Ulul Albab | |||
SPMRSM Ulul Albab ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
|
Aliran seterusnya adalah MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE
3. MRSM Program Cambridge IGCSE | |||
MRSM Program Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan gabungan antara kurikulum kebangsaan, kurikulum khas MRSM berteraskan STEM dan Kurikulum Cambridge IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. | |||
Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti kurikulum antarabangsa seawal umur 13 tahun lagi. Cambridge Syllabus merupakan kurikulum yang diiktiraf di seluruh dunia setaraf British GCSE dan International GCE O Level. | |||
Integrasi kurikulum ini akan memberikan nilai tambah (value add) kepada pengalaman pembelajaran pelajar. Pelajar akan menduduki Cambridge IGCSE pada akhir tahun tingkatan 4 dan SPM semasa tingkatan 5 | |||
Pelajar yang memilih MRSM Program IGCSE perlu memahami beberapa perkara iaitu :- | |||
1. Program IGCSE menawarkan dwisijil iaitu IGCSE dan SPM | |||
2. Pelajar wajib menghabiskan pengajian di MRSM Program IGCSE bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 | |||
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program IGCSE | |||
Program SPMRSM Cambridge IGCSE ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
|
Program ke 4 adalah MRSM Program BITARA
4. MRSM Program BITARA | |||
NAMA MRSM | |||
|
MRSM ada menawarkan Program SPMRSM Teknikal
5. MRSM Program Teknikal | |||
SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Internet of Things (IoT) yang bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. | |||
Seterusnya semasa di Tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan sebagai subjek elektif pilihan wajib.. | |||
Pelajar yang memilih program Teknikal perlu memahami beberapa perkara iaitu :- | |||
1. Subjek Biologi tidak ditawarkan semasa pelajar berada di Tingkatan 4 dan 5 dan digantikan dengan subjek Kejuruteraan | |||
2. Pelajar wajib menghabiskan Program Teknikal bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 | |||
3. Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM Program Teknikal | |||
Program SPMRSM MYP ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
|
Satu program baru yang ditawarkan untuk sesi ambilan kali ini adalah Program Premier STEM-Excellence 10 MRSM
6. MRSM PREMIER STEM – EXCELLENCE | |||
MRSM Program Premier – STEM Excellence menawarkan program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran KSSM, Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah. | |||
MRSM Program Premier – STEM Excellence melaksanakan modifikasi kurikulum secara bersepadu merentas Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pendekatan ini dilaksanakan melalui pemetaan kurikulum yang menyeluruh bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang lebih tersusun, progresif dan holistik, sejajar dengan aspirasi untuk melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang STEM. | |||
NAMA MRSM | |||
|
MRSM PDRM adalah program terbaharu untuk sesi ambilan tahun 2019.
| |||
Aliran MRSM Tingkatan 4
Dua Tiga program yang dilaksanakan di MRSM pengambilan Tingkatan 4 adalah seperti berikut :-
1. Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier) | |||
Melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM berteraskan STEM yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan serta modul kemahiran insaniah. Pelajar-pelajar di MRSM akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah | |||
SPMRSM Premier Tingkatan 4 ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
JOHOR
KEDAH
KELANTAN
MELAKA
N. SEMBILAN
P. PINANG
PAHANG
PERAK
PERLIS
SABAH
SARAWAK
TERENGGANU
|
MRSM Program Sains Keusahawanan dibuka untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 sahaja.
| |||
Program Khas Pendidikan ada ditawarkan di MRSM untuk Tingkatan 4.
3. MRSM BITARA | |||
MRSM BITARA memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted). | |||
Ciri-ciri bestari ini menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented). melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior) | |||
Melaksanakan modifikasi kurikulum melalui pendekatan pemadatan, pelebaran dan pedalaman (compacting, breadth and depth) bagi melahirkan pelajar yang mempamerkan perlakuan bestari (gifted behavior) | |||
Program MRSM PKP ada ditawarkan di lokasi MRSM berikut :- | |||
NAMA MRSM | |||
Tun Ghafar Baba, Melaka | Pengkalan Chepa, Kelantan | Taiping, Perak |
Nasihat untuk pelajar, pilihlah aliran yang anda bersesuaian dan minati. Moga anda berjaya dalam pelajaran anda di Maktab Rendah Sains MARA.